Sunday, December 25

Hilang dalam terang

25 DEC - 15 minit lagi jam menunjukkan pukul 1.00pm, katanya hendak pulang ke rumah . Ibu dan bapa sedang menunggu kepulangannya kerana dia akan bercuti selama seminggu . Memang untuk buad sementara , tetapi perit bagi aku untuk berpisah dengannya . Wajahnya gembira apabila hendak pulang ke rumah . Hanya senyuman lebarnya yang dilemparkan setiap masa setiap waktu . Hatiku tidak senang tetapi bila melihat dirinya yang begitu gembira ,  gundah gulana aku rasa dalam hati . Seperti akan ada kehilangan sesuatu . Jadi aku berpura-pura melemparkan senyuman kerana aku tidak mahu merosakkan 'mood'nya yang amat gembira hendak pulang bertemu ibu dan bapanya .

Lalu aku menawarkan diriku untuk menghantarnya bersama motosikal ke perhentian bas yang berhampiran . Dia pun turun lalu memegang erat tanganku . Seperti tidak rela untuk meninggalkanku . Sayu aku melihat wajahnya yang gembira bertukar menjadi sedih . Dia kucup tangan ku dan pergi meninggalkanku . Aku gugup buat sementara . Jatuh air mata ku , membasahi bumi . Pemergian sementaranya tidak dapat ku terima . Dengan rela hati aku terus beredar dari situ . Aku perlahankan motosikalku lalu ku lihatnya di cermin sisi . Ku lihat dia sedang duduk di kerusi sambil memegang telefon bimbitnya . Tidak dapat ku tahan tangis di mata , lalu ku terus beredar untuk pulang ke rumah .

Rindu yang tersemat di hati hanya dapat digantikan dengan menatap matanya , melihat wajahnya , keindahan senyumannya , kehangatan pelukannya , kata katanya yang tulus dan jujur dari hatinya . Jika satu daripadanya hilang , tidak cukup untuk rindu digantikan . Tetapi bagi ku , ianya hilang sebentar tadi . Hilang hanya buad sementara tetapi amat perit . Ianya hilang , hilang dalam terang . 

*tetibe rase nak tulis cerpen , hehe :)

sincerely ; Mask Amir

Thursday, December 22

Dah lame habes , baru terhegeh nak update .

Heyyy there ,

Oh ! Blog ku , lame kott aku tak update kau  . Asal nak update jea , ader jea benda laen nak buad . Apedaaa kau ni blog . Haha .

SEM 1 - 6 bulan aku duk ILP sebagai 'junior' . Cehhh ! junior larh sangat . Same jea aku tengok , junior kea senior same jeaa . Akhirnya , tamatlah riwayat sem 1 dalam hidup aku . Next year , sem 2 pulak . So its my turn to porak peranda n buad giler kat u all . Hahaha (gelak jahat) . Tkde mase larh weh nak buad camtu ! Orang tgah kejar cita2 ni weh ! Tapi dalam masa yg sama , sweet memories aku banyak ouh kat ILP ni . Lagi2 dengan budak kos aku , kelas aku , sem 1 . Dah larh ramai . Macam2 perangai ader . Haha banyak orang , banyak ragam . Standard ar tuh . Memang seronok . Baru 6 bulan stay same2 , belum 2 tahun 6 bulan lagi . Tktau ape jadii . Hahahaha memang takleh lupe ar weh saat2 gembira dengan korang . Tapi mustahil ar kalau tkde yang masham nyea , confirm ader . Buad tktau sudaa . Ni jea larh yang bole aku share .




1st n 2nd picture ; masuk kelas , confirm ngantok , tido . masa yg diberikan , jangan disia-siakan . hahaha :D
3rd picture ; Huru hara kat dewan . Kaunselor suruh tunggu situ duk diam2 , camni gelagat nyea :)
4th picture ; Final exam , masuk awal time ni . hehehe :)

ape korang buad skang ek ?

sincerely ; Mask Amir