25 DEC - 15 minit lagi jam menunjukkan pukul 1.00pm, katanya hendak pulang ke rumah . Ibu dan bapa sedang menunggu kepulangannya kerana dia akan bercuti selama seminggu . Memang untuk buad sementara , tetapi perit bagi aku untuk berpisah dengannya . Wajahnya gembira apabila hendak pulang ke rumah . Hanya senyuman lebarnya yang dilemparkan setiap masa setiap waktu . Hatiku tidak senang tetapi bila melihat dirinya yang begitu gembira , gundah gulana aku rasa dalam hati . Seperti akan ada kehilangan sesuatu . Jadi aku berpura-pura melemparkan senyuman kerana aku tidak mahu merosakkan 'mood'nya yang amat gembira hendak pulang bertemu ibu dan bapanya .
Lalu aku menawarkan diriku untuk menghantarnya bersama motosikal ke perhentian bas yang berhampiran . Dia pun turun lalu memegang erat tanganku . Seperti tidak rela untuk meninggalkanku . Sayu aku melihat wajahnya yang gembira bertukar menjadi sedih . Dia kucup tangan ku dan pergi meninggalkanku . Aku gugup buat sementara . Jatuh air mata ku , membasahi bumi . Pemergian sementaranya tidak dapat ku terima . Dengan rela hati aku terus beredar dari situ . Aku perlahankan motosikalku lalu ku lihatnya di cermin sisi . Ku lihat dia sedang duduk di kerusi sambil memegang telefon bimbitnya . Tidak dapat ku tahan tangis di mata , lalu ku terus beredar untuk pulang ke rumah .
Rindu yang tersemat di hati hanya dapat digantikan dengan menatap matanya , melihat wajahnya , keindahan senyumannya , kehangatan pelukannya , kata katanya yang tulus dan jujur dari hatinya . Jika satu daripadanya hilang , tidak cukup untuk rindu digantikan . Tetapi bagi ku , ianya hilang sebentar tadi . Hilang hanya buad sementara tetapi amat perit . Ianya hilang , hilang dalam terang .
*tetibe rase nak tulis cerpen , hehe :)
sincerely ; Mask Amir










